www.wsap.+60128366380

Fakta-Fakta Menarik tentang Lebah Madu

Fakta-Fakta Menarik tentang Lebah Madu Berikut adalah informasi menarik tentang lebah madu: Lebah madu, yang telah hadir selama sekita...

Ahad, 31 Disember 2017

CARA MENGENAL PASTI MADU ASLI




Diantara  kaedah yang boleh dibuat supaya
pengguna dapat mengenal pasti samaada madu yang dibeli
benar-benar asli atau tidak,
seperti berikut:



Terdapat gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras
madu asli jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan
lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. 

Pastikan warna madu juga sekata. Maksudnya dari atas hingga d
asar botol warna madu yang sama, tidak berbelang atau
bahagian atas warna dan bawah tidak sama.
Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api
lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna
kemungkinan besar ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan
membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu
lebah.Pastikan botol madu tersebut berlabel, syarikat berdaftar,
ada alamat, no telefon penjual,email, laman web dan lain-lain.
Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa
madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan
kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak
tertipu dengan madu lebah tiruan. 

Jadilah pengguna yang bijak
dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan
kekadang dapat dihasilkan melalui kaedah makmal.


"Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat/tajam,
selepas minum madu terasa mahu berdehem dan mempunyai
bau wangi aroma bunga hutan dengan ciri-ciri tertentu. 
Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan