www.wsap.+60128366380

Fakta-Fakta Menarik tentang Lebah Madu

Fakta-Fakta Menarik tentang Lebah Madu Berikut adalah informasi menarik tentang lebah madu: Lebah madu, yang telah hadir selama sekita...

Ahad, 31 Disember 2017

PENGENALAN



Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti
diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu
hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah
liar dikenali sebagai Lebah Sialang. Malaysia adalah antara
negara yang bertuah yang mempunyai hutan hujan tropika yang
tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang
hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di
negara lain.

Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi
yang banyak didapati di hutan. Anggaran tinggi pokok
tualang ini sekitar 80 sehingga 100 meter dari paras bumi.
Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah
liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui
oleh para saintis. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak
jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan
berbanding kualiti madu lebah ternak. Lebah Sialang atau nama
saintifiknya Apis Dorsata menghasilkan salah satu daripada 3
jenis madu terbaik di dalam dunia, madunya yang berwarna
gelap kehitaman terbukti mengadungi lebih tinggi zat galian
(Cu,Fe,Mg). Maka bolehlah dikatakan madu ini menjadi sumber
terbaik keluaran alam semulajadi dan patut dikongsi bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan